Friday, October 23, 2009

Sahabat

Apabila engkau ingin berteman,

Janganlah kerana kelebihannya,

Kerana dengan satu kelemahan,

Kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman,

Janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,

Kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu,

Janganlah kerana ilmunya,

Kerana apabila dia buntu,

Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang sahabat,

Janganlah kerana sifat cerianya,

Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

Kau mungkin akan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,

Terimalah dia seadanya,

Kerana seorang sahabat,

Hanyalah manusia biasa,

Jangan diharapkan sempurna,

Kerana kau juga tidak sempurna,

Dan tiada siapa yang sempurna,

Melainkan Maha Pencipta!







No one is perfect.

No comments:

Buayan.Crew™ 2008-2013